"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

22 Julai 2010

Stress

Dada gua sakit. Mula-mula dada kiri. Kemudian dada kanan. Maz ZZ telefon, dia tanya gua ok ke tidak. Gua cakap, dada gua sakit, agaknya gua sakit jantung. Izham Reza bin Tan Sri Zainal Abidin Sulung aka Kaduk yang sedang memandu BMW 3 Siries di sebelah gua cakap, mungkin bukan sakit jantung, mungkin stress. Gua beritahu Maz ZZ dan dan itu juga yang Kaduk syak gua tak sakit jantung tetapi stress. Maz ZZ cakap, ok, nanti kita caling-caling lagi. Belum sempat gua cakap ok - klik - Mas ZZ letak telefon.

Sebelum itu, gua dan Kaduk dari bilik mayat, kawan kami meninggal dunia pagi tadi.

Kita nak pergi mana, tanya Kadok, sambil mengetuk-ngetuk GPS pada papan pemuka kereta. Pergi makan, gua cakap. Ok, aku hantar kau ke hospital, Kaduk cakap. Gua syak Kaduk dah pekak. Gua urut-urut dada.

KOMA

Gua berbaring di katil hospital. Doktor kata gua stress. Doktor suruh gua rehat. Baca buku ke, dengar lagu ke, tengok tivi ke, tengok misi ke... yang penting, gua kena dapatkan rehat secukupnya.

Pintu wad berkeriuk. Ada lelaki tua berkerusi roda masuk, kedua-dua belah kakinya telah kudung, terkena periuk api ketika dia berkelana di Kabul beberapa tahun terdahulu. Ada gadis muda dan cantik dan bergetah mengonek dia dari belakang. Lelaki tua kudung cakap, hi. Gua cakap, hi. Gua ambil cermin mata dari atas locker, gua pakai, baru clear - oh, Lelaki Ipoh rupa-rupanya yang datang.

Selepas bersalaman, bertanyakan khabar, Lelaki Ipoh hulur bungkusan kertas minyak kepada gua. Dia cakap, dalam tu ada buku Karipap-Karipap Cinta siri ke-34, fresh lagi, baru keluar dari kilang. Sambil-sambil gua buka bungkusan kertas minyak itu - gua tanya Lelaki Ipoh - anak ke? Lelaki Ipoh cakap, bukan anak, tapi isteri! Dia menggaru kepalanya yang sudah seperti fesyen kepala Hulk Hogan itu dan menyeringai. Air liurnya menitis, lalu, dengan cepat-cepat gadis muda tadi lap air liur Lelaki Ipoh guna tuala kecil.

Pada tangan gua, buku Karipap-Keripap Cinta siri ke-34, ada gambar Ingrid Anggriani, pelakon paling top ketika ini, menghiasi reka bentuk kulit depan buku itu.

Lu ada jumpa Pipiyapi, tanya gua.

Tak, jawab Lelaki Ipoh.

Last sekali dia jumpa Pipiyapi ketika dia hendak keluar berkelana ke Beijing tiga puluh tahun lalu, masa tu Pipiyapi tengah tidur lagi, dan dia terlupa nak tinggalkan seringgit dua duit makan.

Gua syak Pipiyapi tengah tidur lagi. Gua urut-urut dada.

CERITA SEBELUM CERITA INI - DI SINI!

18 Comments:

Blogger Lily Abdullah said...

Aaa.....stress la aku baca entri lu ni bang hahaha!

Masa ko taip entri ni ko ok ke bang?

Julai 22, 2010 6:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Stress

Julai 22, 2010 6:12 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Woi woi! Tapi Lelaki Ipoh tu gayanya macam real juga tu.

Julai 22, 2010 6:22 PTG

 
Blogger Corey said...

Lu kena berhenti smoking ni bang...hehe.

P/s: Katakanlah ada kekosongan jawatan dalam sol-jah.Apakah kriteria pemohon yang akan dipilih?Adakah salah satu darinya ialah pandai smoking?

Julai 22, 2010 6:28 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

adessss....stress aku bang

Julai 22, 2010 6:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

PP,
Ya, gua pun rasa Lelaki Ipoh tu gayanya macam real juga.

Kori,
Kriteria untuk join Sindiket Sol-Jah: Tulis tahap dewa, muka mesti lawa. Ha ha.

Asu,
:)

Julai 22, 2010 6:57 PTG

 
Blogger farwalis said...

perghhhh... pipi diharap cepat-cepat menghubungi lu

Julai 22, 2010 6:58 PTG

 
Blogger ardzmarn said...

nie cerita pasal ape nie..
gua rasa macam stress gak baca nih..
ishh..

Julai 22, 2010 8:18 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Stress lagi, bro? take care tau. layan buku baru dan tengok2 misi.

Julai 23, 2010 9:02 PG

 
Blogger Unknown said...

hahahah...giler lah..

Julai 23, 2010 9:38 PG

 
Blogger Hambali ® said...

Usha misi banyak-banyak biasanya mampu menghilangkan stress

Tapi usha misi muda comel lote la ... kalao usha hat yang habis gas, bukan setakat stress, silap-silap bleh kena gaut.

Julai 23, 2010 10:06 PG

 
Blogger Misya Idris said...

bila sakit tengok misi comel kurang sikit sakitnya ye bang? :P

Julai 23, 2010 11:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Fr,
Dia dah kontek aku dah.

@#$%,
:)

Nonee,
Weh, CERKAS (buka baharu Sindiket Sol-Jah) dah siap cetak. Kami akan mula jual semasa Maskara Shorties nanti. :)

Jim,
:)

Hamb,
HA HA HA. Good one. :)

Baby,
Itu fitrah kita sebagai manusialah. Sebab itu, sekarang ni dah ada misi lelaki - hok ni untuk pesakit perempaun tengok. :)

Julai 23, 2010 11:59 PG

 
Blogger papillon putih said...

Haaaa alasan untuk skodeng misi HKL yang dah kawin beranak dua tu haaa...

Julai 23, 2010 3:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yati,
Lawakan misi tu! Mgeh ngeh

Julai 23, 2010 6:18 PTG

 
Blogger Misya Idris said...

uihh zaman skang ada gak lelaki suka tgk misi lelaki. pompuan tengok misi pompuan. tapi masuk spital skang, banyak misi kategori student. comey2, muda2. hiik hik hik.

Julai 23, 2010 7:43 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Nak kurangkan stress tanya misi tu bole ke buatkan ujian air kenceng.

Julai 23, 2010 7:56 PTG

 
Blogger FARYN said...

Uncle lan...
saya stress :(
huwaaaa

Julai 24, 2010 12:33 PG

 

Catat Ulasan

<< Home