"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 November 2011

Kisah budak-budak hostel dulu-dulu: Chapter 1

Dulu-dulu, tak ada LRT. Dulu-dulu, tak telefon bersel. Dulu-dulu, tak ada Astro. Dulu-dulu, tak ada Blogspot. Dulu-dulu, tak ada Youtube. Dulu-dulu, tak ada Facebook. Dulu-dulu, tak ada Twitter. Dulu-dulu, tak ada macam-macam. Tetapi, tak ada macam-macam bukanlah bermakna kami tidak merdeka dan gembira,

Dulu-dulu, pagi, kami ke sekolah, ke makmal, ke bengkel. Dulu-dulu, petang, kami ke prep petang, ke padang. Dulu-dulu, malam, kami ke surau (berlatih menyanyi lagu Sepohon Kayu Daunnya Rimbunnnn!), ke prep malam. Dan, sebahagian besar prep malam – kami habiskan masa untuk mengarang surat-surat cinta – demi jiwa yang merdeka dan rasa yang gembira, pergh!

Dulu-dulu, tiada apalah yang akan menggembirakan hati kami selain daripada – mengutus surat cinta dan menerima surat cinta. Isnin, terima surat cinta dari makwe di Sri Puteri. Selasa, terima surat cinta dari makwe di TKC. Rabu, terima surat cinta dari makwe di STF. Khamis, terima surat cinta dari makwe di TIGS. Jumaat, terima surat cinta dari makwe di SIGS. Sabtu, terima surat cinta dari makwe di SEMESRA. Ahad, tak terima apa-apa surat, sebab posmen cuti.

Ini tak termasuk surat-surat cinta domestik yang harus kami balas saban malam, ha ha.



Contoh surat domestik:

Ke hadapan Alin,

Apa khabar? Diharapkan Alin sihat wal’afiat hendaknya.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa sayalah lelaki comel yang duduk di meja Alin semasa pertukaran kelas untuk matapelajar English (set 4). Dan saya jugalah yang telah menulis ayat “Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan… destinasi!” di atas buku latihan Alin. Saya tak ada niat langsung nak conteng buku latihan Alin sebenarnya. Saya ingat, yang saya conteng itu buku latihan saya, rupa-rupanya bukan. Saya minta maaf! Saya sungguh menyesal, oh!

Sebagai menebus kesalahan – saya ingin belanja Alin makan nasi Padang di Warong Beringin, berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur, pada hari sabtu ini, selepas saya selesai latihan Kadet.

Kalau padi katakan padi,
Tidak saya tertampi-tampi;
Kalau sudi katakan sudi,
Tidak saya ternanti-nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
LAN BENHUSSAIN
1 Budi

31 Comments:

Blogger sinaganaga said...

First! HA HA.

November 16, 2011 12:30 PTG

 
Blogger Hantu Kak Limah said...

keh..keh..keh......
memori dulu...
mmg syok habis.....

November 16, 2011 12:44 PTG

 
Blogger Waqheh said...

keh3...gua ada memori ni bro...

November 16, 2011 12:50 PTG

 
Blogger bact. said...

tingkatan satu dah pandai mengarang neh
hahhaa

November 16, 2011 12:52 PTG

 
Blogger Fahmi Ismail said...

Kehkehkeh...teringat ada sekali tu senior suruh pergi library sekolah suruh smuggle buku sekolah Sri Puteri...nak cari alamat untuk bagi surat cinta..cilakak

November 16, 2011 1:10 PTG

 
Blogger pizli.mw said...

1 Budi? Tingkatan 1?? Hehehe..

November 16, 2011 1:46 PTG

 
Blogger Shazni Ibrahim said...

anak-anak 80's dengan 90's faham ini.

November 16, 2011 1:52 PTG

 
Blogger StingRay said...

Dalam surat letak bedak tak? haaha

November 16, 2011 2:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kak Lim,
Ha ha.

Waq,
Ha ha.

Bact,
Ha ha.

Fah,
Ha ha.

Piz,
He he.

Muka,
He he.

Ray,
Tarak!

November 16, 2011 3:44 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

lagu sepohon kayu tu gua hafal sebab, setiap pagi sabtu dan ahad lepas kuliah subuh AJK surau akan pasang ikut loudspeaker.
pergh.
ada satu tu, manifestasi seksaan dalam kubur: panasss... dahaga... haus...
pergh.

November 16, 2011 5:10 PTG

 
Blogger lavender harum wangi said...

semua dia bantai reply HA HA . dulu-dulu, mesti rambut belah tengah bentuk M kan ? peh peh peh .

November 16, 2011 5:42 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

November 17, 2011 8:59 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Surat kertas kaler apa? Atau yang ada design sikit tu? He he

November 17, 2011 9:07 PG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

kasi tabur bedak cuticura tak?

November 17, 2011 9:59 PG

 
Blogger Rayza MukMin™ said...

patut laaa.... ces... ahahahaha

November 17, 2011 10:47 PG

 
Blogger . said...

pantun wajib ada.haha.

November 17, 2011 1:00 PTG

 
Blogger Unknown said...

Dedolu dapat surat cinta pon boleh buat tak tidor 3 hari 3 malam. masuk dewan makan pon tunduk jer malu2..wakakaka

November 17, 2011 2:10 PTG

 
Blogger Cik Ina Do Do Cheng said...

apa yg penting dulu lagi best dari sekarang kah kah.kalau boleh nak pegi zaman dulu.

November 17, 2011 3:31 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

sepohon kayu daunnya rimbunnn!
Terbaik.

November 17, 2011 3:42 PTG

 
Blogger Corey said...

Walaupun gua baik dengan dewan makan(boleh dapat roti canai ketika yang lain hanya melopong dengan biskut meri)...gua tetap merasa goreng telur guna iron.Pasal love letter ni pulak..kitorang terlalu sibuk dengan aktiviti memanjat pagar untuk melepaskan tension di arked yang ada street fighter,daytona etc etc...

November 18, 2011 8:04 PTG

 
Blogger CikguShikin said...

form 1 tuh..bukan main..

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas

November 22, 2011 12:54 PG

 
Blogger oranglidi said...

kih3. alasan je tu xsngaja conteng. pdahal da plan baek punya.

eh, sinaganaga dengan ferdinand sinaga tak kena mngena kan?

November 22, 2011 12:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pye,
Ha ha.

Lav,
Ha ha.

Peg,
Kertas dari buku lab. :)

Aku,
Tak.

Ray,
Ha ha.

Niz,
Ha ha.

Mush,
Ha ha.

DDC,
Ha ha.

Sep,
Ha ha.

Cor,
Ha ha.

Shik,
Ha ha.

Lidi,
Ha ha.

November 22, 2011 4:56 PTG

 
Blogger ezham said...

Dulu-dulu, pegi prep malam selalu baca buku add maths. skill baca buku add maths kira tahap tinggi punya skill nak tido. kekeke

November 23, 2011 1:10 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Ah! bestnya kalau dulu2 gua dapat surat gini.

Haram tak penah sekali pun

November 23, 2011 4:14 PTG

 
Blogger the alpha... 'that' said...

last

Disember 05, 2011 12:00 PTG

 
Blogger pawana said...

hahahaha..selalu jugak dapat surat2 'cinta' nie time sekolah dulu tapi lain skit bunyinya. lebih kurang macamn nie..

" hei pengawas gergasi evola. ko jangan tulis nama aku time aku sampai lambat ke sekolah. esok kalo aku nampak muka ko lagi kat pintu pagar belakang jaga ko!!"

makanya hari2 aku tunggu kemunculan manusia yang berhati mulia nak 'jaga' aku itu tapi x pernah muncul2 hahhahah

Disember 06, 2011 8:33 PG

 
Blogger aljambz said...

astaga ferdinand

Disember 11, 2011 2:16 PG

 
Blogger Anonymous said...

who says Facebook has killed the Blog.

This is one example.

Terbaik!

Disember 14, 2011 5:45 PTG

 
Blogger Pnut said...

glemer hang dah jadi star kat porum cari ahahha

Disember 22, 2011 9:04 PG

 
Blogger EvyEzrya said...

Your story just made my day. Keep smiling until now. Terima kasih untuk itu. :-)

Mac 19, 2012 9:21 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home