Tatkala salji turun itu waktu…
Alat pemanas. Yang terpasang. Sepanjang masa. Itu. Bikin kepala aku. Sedikit sakit. Dan berhalusinasi bukan-bukan...
Lantas. Miyuki. Kangkangkan sedikit. Dedaun tingkap. Dan. Semilir dingin. Terhendap-hendap masuk. Mengisi ruang.
Dari celah-celah. Rekah tingkap. Tampak. Hablur-hablur ais. Gemalai. Turun dari awan.
Hari ini. Musim salji. Matahari tak mengerenyit. Pepohon meranggas. Tanpa cicip burung. Bening. Yang tinggal, hanyalah degup nafas masing-masing.
Miyuki tampak cantik. Di dalam ‘sweater’ merah jambu berkait benang kasar. Berseluar denim biru laut. Dan. Berstoking putih kapas. Bergincu warna ‘momo’. Dan. Berbedak nipis. Rambut yang sengaja dibiar lepas. Seperti lazim. Wangi Yohji Yamamoto di pelipat...
Dan. Adakalanya kami duduk. Rapat-rapat. Di ‘kotatsu’. Di kamar berlentera buram. Sesekali. Pipi yang bertitip jerawat. Ini. Diterpa helai jurai-jurai rambut. Miyuki. Sesekali. Dia bangun tegak berdiri. Mengeliat malas-malas. Seperti anak kucing yang baru bangun tidur.
Ah! Lelaki manalah yang tidak mahu bermimpi-mimpi. Merengkuh pinggang bersaiz dua puluh lima inci. Itu? Lelaki manakah...? Ah!!
“Sejuk-sejuk begini, buat apa seronok ya?” Miyuki.
“Aaaaaaaa… Minum koko panas!!!” Aku.
“Ok. Nanti aku pergi buatkan! Untuk kau! Untuk aku!” Miyuki.
Kami. Tengok TV. Cerita kartun. Kemudian.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home