"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Disember 2008

SELLING VERY FAST

Lebih 200 naskhah terjual dalam sekelip mata.
Image Hosted by ImageShack.us

RM22 senaskhah, termasuk harga pos (Malaysia sahaja).

Emel kami di sindiketsoljah at gmail dot com.

24 Disember 2008

Elipsis

Pesanan Ringkas. Adakalanya. Amat mengelirukan. Aku. Dan, [barangkali mungkin] kau.

“Aku lmbt sket!”
“Tyt!”
“Tit? Kau slh eja ke?”

[ , ]

“Busu chat?”
“Ya, Busu chat guna YM.”
“Apa tew? Tk fhm!”

Dan. Akhirnya. Setelah kau telefon. Anak saudara kau. Baru kau faham.

“Busu sihat [c-hat] ke?”

[ , ]

“T_T”
“Menangislah! Tak apa. Menangislah puas-puas!”

[ , ]

“Saya ada kerja di TM.”

Dan. Setelah hampir tengah malam. Baru kau faham.

“Ooo, ingatkan awak ada kerja di kedai TM, rupa-rupanya Tanjung Malim. Ha ha.”

[ , ]

Nites abg... Sweet dream 2 u 2... sok xtau g r keje x... krg shat g ni... Wawawa...”

Dan ini. Pesanan ringkas. Yang sesat masuk. Ke dalam telefon. Kau. Kendatipun ringkas, tetapi kau segera faham. HA HA.

[ , ]

Jadi, oleh kerana akan berpergian lama, bersempena cuti panjang pada penghujung tahun dua ribu lapan ini, aku ingin menghantar pesanan ringkas kepada anda semua di sini:

“...”

23 Disember 2008

Pinjamkan bahumu buat melabuh sayu hatiku

“ T_T ” Dia kata.

“Tak apa. Menangislah!” Aku kata.

22 Disember 2008

Fasten your seat belt (sebuah konotasi)

“Awak memang selalu tak pakai tali pinggang keselamatan?” Aku observe.

“‘Saya tak mahu terikat’!” Dia jawab, selamba.

Kami ketawa berdekahdekah, kemudiannya.

15 Disember 2008

Heartburn. Adoiiiiiii....

“Can I take your order sir?”

“Chickenpox satu ya!”

“?”

Chicken chop-lah, chicken chop!!!!

11 Disember 2008

G

“Ada orang nak jual [komputer] G4... RM1600.” Jigo kata. Via SMS.

“Mahal ke murah tu?” Aku kata. Via SMS.

“Manalah aku tahu berapa harga [komputer] G4 di pasaran sekarang.” Jigo kata. Via SMS. “Eh, kau pakai [komputer] G apa sekarang?”

“G-string!” Aku kata. Via SMS.

“Whoa! Feewwit!” Jigo kata. Via SMS.

08 Disember 2008

Stereogami

Dia kata, “Susahlah, bro... si dia hanya bersetuju untuk monogami sajalah!” ketika aku sedang mengunyah-ngunyah kacang kuda selepas waktu makan tengah hari yang tidaklah terlalu panas dan tidaklah tidaklah terlalu redup di Kuala Lumpur yang pada dadanya berbau tengik dek ketiak-ketiak yang mencuka.

Aku kata, “Kenapa kau tak pergi ke kedai audio di Jalan Pasar saja, bro... melambak hok stereo!”

Dia. Seluk jari. Ke dalam paket plastik. Kacang kuda. Aku.

06 Disember 2008

Mak tidur

Mak,
Mak tidurlah dulu,
Adik nak pergi kerja.

Mak Teh
1936 - 4.12.2008

04 Disember 2008

Ini jam baru. Ini baru jam.

Image Hosted by ImageShack.us
Jam paling atas, gua punya: Swiss Military
Jam paling bawah, Ayis punya: Swiss Militaire

Dah malas sangat nak update blog ni. :)

03 Disember 2008

Hangout and shit

Image Hosted by ImageShack.us
Malas sungguh nak update blog. :)

02 Disember 2008

SMSS Old Boys nite outta!

Kawan aku. Zamori Sarupi. Yang tinggal di Kuching tu. Akan ke Kuala Lumpur. Pada 4 Disember nanti.

“Apa plan?” Ayis tanya.

“Aaa... kau boleh keluar malam malam tak?” Aku tanya.

“Tak boleh, dude!” Ayis kata.

“Aiseymannn!” Aku kata.

“Tapi... kalau keluar dengan awek... bolehlah keluar malam malam!” Ayis kata.

“Hah! Cantiklah tu! Kau beritahulah Che Yah yang kau nak keluar dengan awek malam malam nanti! Walhal, kau tak keluar dengan awek pun, kita tipu Che Yah 'je, ha ha! Lepas tu, kita pergilah entertain Zamori!” Aku kata. Beri idea. kepada Ayis.

Lepas tu. Ayis. Dah cakap apa-apa lagi dah. Harap-harap, Che Yah boleh 'termakanlah' dengan idea kami yang tak seberapa ni.

HA HA.

Nota Kaki: Che Yah adalah teman serumah Ayis, ha ha.

[ , ]

Che Yah kata, "Keluar dengan jantan - apa barangggg?"

Ceh! Nak kena Che Yah ni. HA HA.

01 Disember 2008

Cinta dan air mata - CRK

JIGO
Jigo kena gaot. Ade... lahai!

SAMURAI
Sedang menunggu kelahiran baby-nya yang pertama.

SPYZ
Serumah dengan Presiden PAUSs. HA HA.

OP
Relationship Status OP di Facebook kejap *toot*, kejap *toooot*! HA HA.

TOK RIMAU
Blog Tok Rimau, kadang-kadang, hanya untuk invited readers sahaja. HA HA.

MATJAN
MatJan nak kahwin Mac nanti. Sindiket Sol-Jah pakat-pakat nak pergi Bandung, Indonesia pada ketika itu. “Cilakak!” kata MatJan. HA HA.

VOVIN
Cinta lamanya bertandang kembali. Agaknyalah. HA HA.

PIPIYAPONG
Semua orang dah tahu, Pipiyapong sedang berkapel! HA HA.

“Soljahs merestui perhubungan gua ni ke, Jeneral?”

“Gua tak ada hal, Pong. Benda-benda ni macam coolant jugalah... restu ke, tak restu ke, lu tetap bubuh coolant tu dalam radiator jugakan! HA HA! Tapi, jangan bimbang, kloroks yang Vovin tinggalkan setengah botol tu masih ada lagi!”

“Cilakak!”

Gua?
Gua clean! HAK HAK HAK!